Khamis, 11 Mac 2010

Tiga wanita dirotan, tapi Saiful bebas

Oleh Stephanie Sta Maria


1 KUALA LUMPUR – Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini menetapkan 14 April depan bagi keputusan berhubung bantahan awal yang dikemukakan oleh Ketua Pendakwaan Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain untuk membatalkan permohonan qazaf oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam hujah di mahkamah pagi tadi, pihak responden mengatakan mahkamah syariah tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan Ketua Pendakwaan Syarie membuat dakwaan terhadap bekas pembantu Anwar, Saiful Bukhari Mohd Azlan yang memfitnah Anwar beliau telah diliwat.

Selain dari Shamsuddin dan Jamil Baharom, seorang lagi responden ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Che Mat Che Ali.

Kamar Ainiah Kamaruzzaman yang mengetuai enam peguam syarie Anwar, dalam hujah balasnya berkata wujudnya bidang kuasa dalam mahkamah syariah dengan merujuk kepada beberapa kes terdahulu seperti kes Lina Joy.

Pasukan peguam Anwar membantah tentang ketidakhadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom dengan berhujah beliau dikehendaki untuk hadir mengikut undang-undang dan tidak seharusnya berselindung di sebalik tugasnya sebagai seorang menteri.

Hakim Mohd Shukor Sabudin kemudian mengarahkan Jamil Khir supaya hadir pada tarikh yang telah ditetapkan. Beliau tidak hadir pada perbicaraan hari ini kMALAYSIA-ANWAR/erana menghadiri mesyuarat Kabinet.

Peguam bela Zainal Rijal Abu Bakar mengemukakan tiga sebab kenapa permohonan qazaf terhadap Saiful harus ditolak.

Pertama, afidavit mengandungi unsur kesalahan kerana ia bukan berasaskan notis permohonan dan bukan notis saman.

Kedua, permohonan itu tidak memasukkan keperluan syariah tertentu maka dengan itu bercanggah dengan undang-undang Islam.

Ketiga, sama ada ia dalam bidang kuasa mahkamah syariah untuk mengarahkan supaya Saiful dihukum.

"Persoalannya bukan perbuatan qazaf itu berlaku atau tidak.

Ianya sama ada mahkamah boleh mengeluarkan arahan pendakwaan atautidak?", kata Zainal.

Kamar Ainiah Kamaruzzaman yang mengetuai enam peguam syarie Anwar, dalam hujah balasnya berkata wujudnya bidang kuasa dalam mahkamah syariah dengan merujuk kepada beberapa kes terdahulu seperti kes Lina Joy.

Beliau menambah, penolakan pihak responden tidak berasas kerana mereka mahu kes ini dibuang berdasarkan sebab teknikal dan bukan berdasarkan sebab-sebab ‘fundamental’.

"Jika mereka (pembelaan) mahu kami membuat permohonan semula dengan saman maka kami boleh lakukan. Selagi keadilan dapat ditegakkan," kata beliau.

Kamar Ainiah berkata, ketiadaan keperluan-keperluan syariah seperti mana yang disebut oleh Zainal adalah perkara kecil dan tidak memberi kesan dalam apa cara jua.

Beliau seterusnya memberi amaran jika permohonan qazaf ditolak maka ini merupakan satu ancaman kepada keadilan dalam undang-undang Islam.

"Saiful mengakui di depan masyarakat awam perbuatan liwat berlaku terhadapnya tetapi beliau tidak dikenakan tindakan, sedangkan ketiga-tiga wanita yang mengakui secara tersembunyi dirotan.

"Adakah ini bermakna undang-undang Islam dikecualikan kepada mereka yang disokong kuat oleh mereka yang berkuasa?’, soal beliau.

Mohd Shukor memohon tempuh masa sebulan untuk membuat keputusan dan akan menetapkan tarikhnya kemudian.

Bagaimanapun, Kamar Ainiah meminta mahkamah menentukan tarikh sebelum perbicaraan ditangguhkan kerana beliau bimbang pengumuman tarikh pada kemudian hari mungkin bertembung dengan tarikh perbicaraan lain dan mengakibatkan kes ini tertangguh.

Bercakap selepas perbicaraan, Anwar yang juga Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat melahirkan rasa kecewa.

Beliau menekankan bahawa tidak ada tindakan diambil sejak beliau membuat permohonan ini hampir dua tahun yang lalu dan kini pihak responden sedang mencipta alasan untuk menolak kes ini sama sekali. "Saya juga merasa malu dengan tingkah laku dua orang ustaz dalam kes ini.

Mereka memilih untuk mengikut telunjuk Umno dengan menghukum tiga wanita itu dan membiarkan Saiful bebas," katanya.

Pada 9 Julai 2008, Anwar membuat laporan qazaf terhadap Saiful di Unit Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan, JAWI mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Ini disusuli dengan tindakan Anwar memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah untuk mengarahkan Shamsuddin agar mendakwa bekas pembantunya itu atas tuduhan qazaf pada 7 Januari lalu.

Menurut seksyen tersebut sesiapa yang menuduh orang lain melakukan kesalahan seksual tanpa mengemukakan empat saksi lelaki atau ikrar (pengakuan) orang yang dituduh boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Tiada ulasan: