Khamis, 11 Mac 2010

Tiga NGO Tamil Selangor salah guna wang?


murali Oleh B Nantha Kumar

Tiga badan bukan kerajaan (NGO) Tamil – EWRF, CHILD dan Tamil Foundation – dikhuatiri menyalah guna dana peruntukan dari kerajaan negeri Selangor melibatkan RM1.59 juta.

Dalam satu tinjauan di sekitar kawasan Kuala Selangor, Ijok dan Dengkil oleh Free Malaysia Today baru-baru ini, mendapati ketiga-tiga NGO tersebut tidak pernah mengadakan sebarang program di beberapa sekolah yang berkenaan.

Ketiga-tiga NGO ini yang ditubuhkan pada sekitar tahun 1970an menjalankan beberapa aktiviti kurikulum di sekolah-sekolah Tamil di Selangor dan bertujuan untuk meningkatkan prestasi murid sekolah Tamil supaya setanding dengan murid-murid sekolah lain.

Kerajaan negeri Selangor pada awal tahun ini telah melantik ketiga-tiga NGO ini bagi melaksanakan program pendidikan di semua sekolah Tamil di negeri ini," kata S Murali, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru-Guru, Sekolah Wawasan USJ.

Beliau berkata, ketiga-tiga NGO ini dipercayai telah menyeleweng dana peruntukan itu hingga mengakibatkan ahli exco Selangor Dr Xavier Jayakumar disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"walaupun pihak sekolah tidak ingin nama sekolah di siarkan, mereka mengesahkan bahawa tiga NGO tersebut tidak pernah adakan
apa jua program," kata Murali.

Terdapat beberapa pihak sekolah mengakui tiga NGO pernah menghantar surat untuk mengadakan program tetapi dengan mengenakan
bayaran.

Oleh kerana meminta bayaran yang tinggi pihak sekolah tolak permintaan mereka sedangkan kerajaan negeri telah pun menyalurkan
wang untuk program-program tersebut.

Selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor pihaknya mengagihkan sejumlah RM4 juta untuk pendidikan sekolah
tamil.

Antara daripadanya sebanyak RM 1.59 juta di agihkan kepada tiga NGO tersebut untuk membuat beberapa program yang khususnya
dalam bahasa inggeris untuk meningkatkan tahap muridnya.

Pada masa yang sama seorang bernama Jegathisan membuat laporan polis yang mana dalam laporan polis beliau menyatakan tiga
NGO tersebut menyelewengkan wang yang diberi oleh kerajaan negeri.

Sementara itu, dalam satu perjumpaan media di Petaling Jaya, penyelaras gabungan NGO itu, K. Arumugam berkata pihaknya mengadakan sekurang-kurangnya satu program di semua sekolah dan sebanyak 273 program di jalankan sepanjang tahun lalu di 97 sekolah Tamil.

Tiada ulasan: