Rabu, 10 Mac 2010

SPRM cari pembantu tadbir Mazlim bantu kes rasuah

BERNAMA

PULAU PINANG — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang Pembantu Tadbir Kewangan di Mahkamah Syariah di sini bagi membantu siasatan kes rasuah di negeri ini.

Pengarah SPRM negeri Datuk Latifah Md Yatim dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini berkata lelaki itu dikenali sebagai Mohd Mazlim Md Salleh, 32, dengan nombor kad pengenalan 770622-07-5607.

Lelaki itu adalah saksi utama satu kes rasuah yang sedang disiasat oleh SPRM, katanya.

Beliau berkata alamat terakhir lelaki itu ialah di 3306 Jalan Kampung Gajah, Butterworth.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Mohd Mazlim diminta menghubungi Pegawai Penyiasat SPRM Amran Ali menerusi talian 012-665-1406 atau pejabat suruhanjaya itu menerusi talian 04-229-1982 atau 04-229-9262.

Tiada ulasan: