Ahad, 14 Mac 2010

Selangor salur bantuan RM10 ribu kepada mangsa keganasan polis

SELANGOR KINI

SHAH ALAM, - Kerajaan Negeri Selangor akan menyalurkan bantuan RM10,000 kepada Norizan Salleh dan mencarikan pekerjaan kepada mangsa keganasan polis itu bagi meringankan bebannya.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, jumlah itu adalah tambahan sebanak RM5,000 daripada bantuan asal.

”Kerajaan negeri Selangor telah bersetuju untuk memberi bantuan kepada wanita yang bernama Norizan Salleh, mangsa yang tidak bersalah dan telah ditembak oleh pihak polis yang sehingga kini belum dapat apa-apa bantuan daripada Kementerian Dalam Negeri, jadi kerajaan negeri bersetuju untuk memberi RM10,000,” kata Rodziah.

”Kerajaan negeri akan memastikan selepas beliau pulih dan kembali boleh bertugas disebabkan oleh kehilangan kerja selepas berehat tiga bulan ini. Jadi Insyaallah kami akan carikan kerja memandangkan dia mempunyai anak yang berumur 11 tahun dan memerlukan pendapatan untuk menyara kehidupannya,” tambah beliau.

Norizan adalah mangsa keganasan polis yang membuat berbelas-belas tembakan yang hampir meragut nyawanya dalam kejadian 30 Oktober lalu.

Dia cedera di bahagian lengan, pergelangan tangan, belakang badan dan berhampiran jantung sehinggakan menyebabkan ibu tunggal itu mengalami trauma sehingga kini.

Baru-baru ini, Norizan cuba menyampaikan memorandum kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien tetapi tidak kesampaian apabila sepupu Datuk Seri Najib Razak itu mengelak untuk bertemu.

Tiada ulasan: