Isnin, 8 Mac 2010

Sekretariat Wanita PR Perak Dilancar

Oleh Roziyah Mahamad

Himpunan yang diadakan buat julung kali ini telah berjaya mengumpulkan tenaga-tenaga wanita PR di seluruh negeri Perak yang mewakili PAS, PKR dan DAP.
Menurut Pengarah Program, Ustazah Bariah Alang Sapri yang juga merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, antara objektif penubuhan Sekretariat Wanita PK Perak adalah untuk meneruskan kesinambungan semangat setiakawan ketiga-tiga parti komponen PR Perak di samping ia menjadi platform untuk merangka program-program melibatkan wanita dengan lebih tersusun dan berkesan.
Antara para tetamu khas yang diberikan kesempatan menyampaikan ucapan ialah pimpinan wanita/muslimat peringkat pusat masing-masing.
Dewan Muslimat PAS Pusat diwakili oleh Puan Salbiah, Wanita PKR Pusat diwakili Rodziah Ismail dan Wanita DAP Pusat pula diwakili oleh Leong Lee Meng.
Kemudian, para perwakilan mendengar ucapan daripada Dato' Ngeh Kor Ham. Manakala Perasmian Penutupan telah dilakukan oleh Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.
Pada akhir program, kesemua perwakilan membaca ikrar di mana antara lain isi ikrar tersebut ialah berjanji akan berusaha gigih untuk mengembalikan semula kuasa kerajaan negeri kepada PR untuk meneruskan agenda sebagai sebuah kerajaan yang adil dan telus.

KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat (PR) negeri Perak mencatat satu lagi sejarah apabila berjaya menganjurkan Pelancaran Sekretariat dan Himpunan Wanita PR Perak pada 6 Mac 2010, hari Sabtu bertempat di Hotel Hillcity, Ipoh.

Tiada ulasan: