Jumaat, 5 Mac 2010

Rayuan Tian Chua 13 April

FREE MALAYSIA TODAY

KUALA LUMPUR: Permohonan rayuan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mengenai dakwaan beliau mencederakan seorang anggota polis akan disebut semula pada 13 April depan di Mahkamah Tinggi di sini.

Ketika dihubungi Free Malaysia Today hari ini, beliau berkata "tarikh tersebut telah ditetapkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Siti Hafiza Jaafar dalam kamar semalam."

Menurut Tian yang juga Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat, kesnya itu akan didengar oleh hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha.

Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt memberitahu kedua-dua pihak baru menerima alasan penghakiman dan memerlukan masa untuk memfailkan petisyen rayuan.

Tian mengemukakan rayuan kerana tidak berpuas hati dengan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Majistret Mohd Faizi Che Abu pada 22 Oktober lalu.

Beliau didakwa menyebabkan kecederaan kepada seorang anggota polis dengan menggigit tangan anggota polis itu dalam satu perhimpunan aman.

Tiada ulasan: