Sabtu, 13 Mac 2010

Prestasi Exco PR akan dinilai lagi dalam tempoh setahun

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Dua Exco Pakatan Rakyat di Kedah yang baru dilantik hari ini iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, Abdul Ghani Ahmad (PAS) dan Adun Sidam, Tan Show Kang (PKR) ini akan terus dipantau pretasi mereka dalam tempoh setahun ini.

Kedua-dua Adun itu menggantikan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat negeri yang juga Adun Pantai Merdeka, Abdullah Jusoh (PAS) dan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan negeri yang juga Adun Bakar Arang, Tan Wei Shu (PKR) yang digugurkan dalam rombakan kabinet di negeri itu.

Ini adalah pertama kali dalam sejarah Pakatan Rakyat yang mengugurkan exco mereka.

Majlis angkat sumpah Exco yang baru itu berlangsung di depan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Anak Bukit yang turut dihadiri Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Razak.

Tiada ulasan: