Selasa, 2 Mac 2010

PKR tunda tarikh pendengaran kes Zul Noordin

Kuek Ser Kuang Keng


Lembaga disiplin PKR menunda tarikh bagi mendengar pertuduhan terhadap ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu bagi mempertimbangkan bantahan yang dikemukakannya.

Bercakap kepada pemberita hari ini, Zulkifli berkata, beliau telah menimbulkan lapan isu yang yang menyebabkan lembaga tersebut memerlukan masa bagi mempertimbangkannya.

Pendengaran seterusnya akan dijalankan Khamis ini.

Walaupun enggan mendedahkan butiran lapan isu tersebut, beliau pagi tadi bagaimanapun telah memberitahu Malaysiakini pagi tadi, perkara tersebut antaranya:

- Meminta penjelasan sama ada lembaga tersebut boleh berlaku adil ketika berdasarkan kenyataan media, banyak pemimpin kanan PKR dilaporkan mahu beliau dipecat.

- Perbicaraan serentak dua pertuduhan terhadapnya akan mewujudkan prasangka di kalangan panel lembaga tersebut terhadapnya.

- mempersoalkan kenapa tidak ada tindakan yang sama terhadap pemimpin PKR lain seperti Wee Choo Keong (Wangsa Maju) yang turut dilaporkan bakal menghadapi tindakan yang sama.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang tadi, Zulkifli sekali lagi menafikan mahu keluar parti dengan cuba membuatkan dirinya dipecat.

“Kenapa saya mahu dipecat? Saya boleh pecat diri sendiri,” katanya.

Tiada ulasan: