Rabu, 17 Mac 2010

Pilihanraya PBT : SPR beri respon minggu depan

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi respon positif berhubung permintaan kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) selewat-lewatnya minggu depan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya sedang mengkaji Perlembagaan dan undang-undang berkaitan Akta Kerajaan Tempatan dan mendapatkan maklum balas daripada semua pihak sebelum membuat keputusan tersebut.

"Insya-Allah, minggu depan. Ini adalah interpretasi undang-undang.

Kita tak terikat dengan sesiapa, sama ada Perdana Menteri, pihak pembangkang.

SPR adalah sebuah badan yang bebas serta profesional.

Yang memberikan nasihat kepada saya ialah ahli-ahli panel SPR yang bersama membuat tafsiran undang-undang. Kita akan kaji dari segi undang-undang dan putuskan dari situ," katanya.

Menurutnya, SPR akan menghantar surat rasmi berhubung keputusan SPR itu terlebih dahulu bagi memastikan surat mereka diterima oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum sebarang pengumuman rasmi dibuat.

Pada 8 Mac lalu, Abdul Aziz dilaporkan berkata, SPR menerima surat permintaan kerajaan Pulau Pinang berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, SPR perlu mendapatkan nasihat daripada pegawai undang-undangnya berkaitan permintaan kerajaan Pulau Pinang itu.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, SPR turut mendapat permintaan yang hampir sama daripada kerajaan negeri Selangor semalam.

"Permintaannya lain sedikit iaitu minta SPR tolong kaji peraturan atau undang-undang yang sedia ada dan apakah pandangan SPR tentang Selangor membuat pilihan raya PBT," katanya kepada wartawan pada Majjlis Hi-Tea SPR bersama media di salah sebuah hotel di Putrajaya petang tadi.

Tiada ulasan: