Khamis, 11 Mac 2010

Pihak berkuasa tegas kerana tergugat

Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Sejarah telah membuktikan bahawa sesebuah kerajaan yang tidak berupaya untuk berdepan dengan rakyat melalui hujah dan fakta akan menggunakan kuasa dan kekerasan untuk mempertahankan kuasa mereka.
"Banyak kerajaan melakukan skrip yang sama bila rakyat bangkit mempersoalkan kezaliman, ketidakadilan, ketidaktelusan dan sebagainya yang dilakukan oleh kerajaan," kata Sofi Wahab dalam kenyataan medianya kepada Erapakatan.
Menurut beliau, sebuah kerajaan yang zalim dan tidak adil serta korup malah buruk dalam segala segi sudah tentu tidak mempunyai hujah untuk menjawab isu yang disuarakan rakyat.
"Itulah yang berlaku kepada Barisan Nasional pada hari ini yang menggunakan kekuasaan yang mereka ada untuk menghalang program-program Pakatan Rakyat (PR) seperti ceramah,dialog, jamuan dan sebagainya.
Beliau berkata, sejak akhir-akhir ini ceramah dihalang dan diganggu atas alasan tiada permit sedangkan ianya diadakan dalam premis persendirian.
" Walaupun sudah banyak kes mahkamah memihak kepada penganjur ceramah tetapi pihak berkuasa terus juga melakukan gangguan dan menyekat ceramah seumpama itu.
Terbaru program menyambut ulang tahun pemerintahan PR kali kedua disekat dan dihalang walaupun ianya di adakan di premis kerajaan negeri Selangor," jelas Sofi.
Tebaru, AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman ditangkap atas alasan menceroboh kawasan Felda sedangkan beliau diundang untuk berdialog oleh peneroka Felda terbabit di dalam rumah persendirian.
"Ini semua adalah rentetan kebiadapan yang dilakukan oleh pihak berkuasa bagi menghalang rakyat mendapatkan maklumat dan ilmu dari sumber alternatif kerana rakyat sudah muak dan mual dengan media arus perdana yang berat sebelah dan tidak telus.
"Saya mengharapkan pihak berkuasa bersikap professional semasa menjalankan tugas bukannya bertindak sesuka hati tanpa berpegang kepada undang-undang yang ada serta budi bicara yang ikhlas.
Bagi Sofi, Rakyat bukannya ingin berlawan dengan sesiapa, apa yang rakyat mahukan ialah keadilan dan ketelusan serta kesejahteraan.
"Hanya kerajaan dan pihak berkuasa yang tidak bertamadun sahaja yang sanggup menentang rakyat sendiri dengan kuasa yang ada pada mereka," kata Sofi lagi.

KUALA LUMPUR : Sejarah telah membuktikan bahawa sesebuah kerajaan yang tidak berupaya untuk berdepan dengan rakyat melalui hujah dan fakta akan menggunakan kuasa dan kekerasan untuk mempertahankan kuasa mereka.

"Banyak kerajaan melakukan skrip yang sama bila rakyat bangkit mempersoalkan kezaliman, ketidakadilan, ketidaktelusan dan sebagainya yang dilakukan oleh kerajaan," kata Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab dalam kenyataan medianya kepada Erapakatan.

Menurut beliau, sebuah kerajaan yang zalim dan tidak adil serta korup malah buruk dalam segala segi sudah tentu tidak mempunyai hujah untuk menjawab isu yang disuarakan rakyat.

"Itulah yang berlaku kepada Barisan Nasional pada hari ini yang menggunakan kekuasaan yang mereka ada untuk menghalang program-program Pakatan Rakyat (PR) seperti ceramah, dialog, jamuan dan sebagainya.

Beliau berkata, sejak akhir-akhir ini ceramah dihalang dan diganggu atas alasan tiada permit sedangkan ianya diadakan dalam premis persendirian.

"Walaupun sudah banyak kes mahkamah memihak kepada penganjur ceramah tetapi pihak berkuasa terus juga melakukan gangguan dan menyekat ceramah seumpama itu.

"Terbaru, program menyambut ulang tahun pemerintahan PR kali kedua disekat dan dihalang walaupun ianya diadakan di premis kerajaan negeri Selangor," jelas Sofi.

Terbaru, AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman ditangkap atas alasan menceroboh kawasan Felda sedangkan beliau diundang untuk berdialog oleh peneroka Felda terbabit di dalam rumah persendirian.

"Ini semua adalah rentetan kebiadapan yang dilakukan oleh pihak berkuasa bagi menghalang rakyat mendapatkan maklumat dan ilmu dari sumber alternatif kerana rakyat sudah muak dan mual dengan media arus perdana yang berat sebelah dan tidak telus.

"Saya mengharapkan pihak berkuasa bersikap professional semasa menjalankan tugas bukannya bertindak sesuka hati tanpa berpegang kepada undang-undang yang ada serta budi bicara yang ikhlas," tambahnya.

Bagi Sofi, rakyat bukan ingin berlawan dengan sesiapa, apa yang rakyat mahukan ialah keadilan dan ketelusan serta kesejahteraan.

"Hanya kerajaan dan pihak berkuasa yang tidak bertamadun sahaja yang sanggup menentang rakyat sendiri dengan kuasa yang ada pada mereka," kata Sofi lagi.

Tiada ulasan: