Selasa, 2 Mac 2010

Pengarah Hutan Kedah didakwa rasuah RM5,000

UTUSAN ONLINE


ALOR SETAR - Pengarah Perhutanan Negeri Kedah, Kasim Osman, 56, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima suapan sebanyak RM5,000 dengan membantu dan meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk menarik balik tender membalak tahun lalu.

Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Khairul Anuar Abd. Halim.

Hakim menetapkan 10 dan 11 Mei ini untuk perbicaraan kes.

Tiada ulasan: