Rabu, 10 Mac 2010

Pemuda PAS Kesal : Umno letak calon sesuka hati

Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melahirkan rasa kesal terhadap jenayah yang dilakukan oleh bekas ahli parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman. Beliau hari ini membuat pengakuan di mahkamah bahawa beliau telah menipu sebuah bank bagi tujuan permohonan pinjaman perumahan.
"Sewajarnya Umno tidak meletakan orang yang sebegini rupa sebagai pemimpin dalam masyarakat di Labuan, apalagi memegang agensi Kerajaan yang mempunyai tanggungjawab besar terhadap rakyat," tegas Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen dalam kenyataan mediannya.
Beliau yang mewakili DPPWP tidak bercadang untuk membahaskan fakta mahkamah secara mendalam kerana itu boleh menghina kuasa mahkamah.
"DPPWP hanya ingin menyatakan rasa kesal kerana dengan sikapnya itu, Umno masih tergamak mencalonkannya untuk menjadi ahli parlimen Labuan pada pilihanraya 2004 yang lalu dan kemudiannya melantik beliau untuk menjadi Pengerusi Perbadanan Labuan sehingga 31 Mac tahun lepas," kata beliau.
DPPWP menghormati kuasa mahkamah dalam menentukan masa depan beliau dan berharap agar Hakim Duncan Sikodol akan memberikan hukuman yang sewajarnya kepada beliau dalam penghakiman terakhir esok.
"Kita tidak tahu, apa lagi yang ditipunya, tapi jenayah ini sudah cukup mengambarkan pada rakyat bahawa Umno sanggup meletakan sesiapa sahaja termasuk penipu untuk menjadi calon mereka.
"Perkara ini pasti mengecewakan rakyat Labuan kerana selama ini mereka tertipu dengan sandiwara yang dimainkan oleh pemimpin Umno," tegas beliau lagi.
DPPWP berharap agar rakyat di Labuan pada Pilihanraya akan datang berani membuat perubahan dan memilih wakil rakyat dari parti yang jelas mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai seperti PAS.
Terdahulu, Suhaili mengaku menipu pengurus bank Malayan Banking Berhad, Ismail Jantan, di cawangan Kota Kinabalu pada 3 April 1996 semasa membuat permohonan pinjaman perumahan syarikatnya, Saraequity Sdn Bhd, sebanyak RM110,000 dan kemudahan overdraf sebanyak RM50,000 untuk membeli satu unit apartmen di Api-Api Centre, di Kota Kinabalu.
Pada ketika itu, beliau masih lagi berstatus muflis dan tidak layak untuk membuat pinjaman. Ketika diawal perbicaraan tahun lepas beliau tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan menipu dengan menggunakan kad pengenalan yang bukan miliknya untuk menjadi penjamin dalam permohonan pinjaman itu.

Tiada ulasan: