Selasa, 9 Mac 2010

PAS Tidak Perlu Terima Janda Berpenyakit

Oleh Mohd Sayuti Omar


PANDANGAN Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar agar Pas tidak menerima Zulkefli Nordin sekiranya bekas wakil rakyat PKR itu memohon untuk menyertai Pas saya tengok ia bukan pandangan songsang ataupun sempit. Kata Mahfuz kalau Pas terima wakil rakyat berkenaan ia tidak memberi untung langsung kepada parti itu.

Saya setuju dengan pandangan Mahfuz itu. Pandangan beliau kali ini positif dan ada kelas. Penolakan itu bukan saja untuk menjaga hati PKR dan mempertahankan semangat maufakat dalam Pakatan Rakyat,tetapi kita faham ia bagi mengelakkan Pas tertimpa dengan penyakit yang bakal dibawa oleh wakil rakyat berkenaan.

Wakil itu menganggap dirinya kini sebagai seorang janda yang baru ditinggalkan. Pun begitu dia kononnya dia sudah diintip oleh Pas. Perasaan dia itu timbul ekoran salah laporan sebuah portal berita terhadap ulasan Naib Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan parti itu bersedia menerima wakil rakyat berkenaan.

Kenyataan salah lapor itu menyebab wakil rakyat 'tikus belut' berkenana terperasaan yang dia dirisik oleh Pas. Apa yang berlaku salah laporan dan Tuan Ibrahim sudah menjelaskan duduk perkaranya. Yang dimaksudkan Tuan Ibrahim ialah dalam konteks keterbukaan parti itu menerima sesiapa saja tetapi tidak terkhusus kepada wakil rakyat berkenaan.

Kalau Pas tolak keinginan janda itu tidak pelek. Kerana di kalangan Pas sudah lama mengenali keperibadian wakil rakyat berkenaan yang tidak sesuai dengan Pas. Banyak gelagat dan tindak tanduknya bertentangan dengan naluri dan sifat orang Pas. Lagipun Pas sudah faham benar dan kenal benar siapa dia wakil rakyat berkenaan. Sebelum ini dia pernah duduk dalam saf kepimpinan Pas Wilayah Persekutuan dan pernah berpuluh kali berceramah di Taman Melawar, ibu pejabat lama Pas.

Pas sudah tahu sejauh mana kemampuan dan kelentungannya. Bukan itu saja Pas pernah memberi ruang kepadanya bertanding di kerusi parlimen tahun 2004. Sejauh mana sumbanganya kepada Pas dan Islam negara ini juga cukup diarifi oleh Pas. Termasuk perbuatan dan kata-kata munafik yang dilakukan oleh wakil rakyat berkenaan.

http://msomelayu.blogspot.com/

Tiada ulasan: