Ahad, 7 Mac 2010

Mufti Perak 'Bersuara' Umno

EDITOR BULETIN

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dinasihatkan agar bersuara selayaknya sebagai seorang yang berilmu bukan bersuara dengan nada menyokong parti politik tertentu secara terbuka.

Ketua Dewan Pemuda PAS Perak Salman Haji Salleh berkata demikian supaya beliau terus di hormati oleh rakyat.Menurut Salman, Tan Sri Harussani baru-baru ini sebagaimana dilaporkan media
telah menggunakan ‘platform’nya sebagai pegawai agama kerajaan menyatakan sokongan politiknya.


”Tan Sri Harussani tidak harus menggunakan pentasnya sebagai Pegawai Agama Kerajaan menunjukkan sokongannya terbuka kepada mana-mana parti politik di dalam negara kita.

”Dengan sikapnya berpihak ini akan memberikan gambaran bahawa beliau benar-benar sebagai penyokong kuat sebuah parti,”kata Salman dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media.

Sehubungan itu kata Salman, dalam persoalan kerajaan perpaduan yang ditimbulkan oleh Tan Sri Harussani, beliau jelas cuba memburukkan PAS.

Oleh itu, beliau meminta Tan Sri Harussani menyatakan kebenaran bersandarkan dalil bagi membuktikan Umno tidak zalim.

”Beliau (Tan Sri) perlu ikhlas di dalam menyatakan kebenaran (berdasarkan nas dan dalil), bagaimana umat Islam boleh bersama UMNO yang begitu zalim,”ujarnya.

Sesungguhnya, kata Salman, Tan Sri Harussani perlu terlebih dahulu menasihati UMNO yang telah bertindak zalim terhadap rakyat selama.

Katanya, PAS tidak akan, selamanya bersekongkol dengan UMNO yang telah bertindak zalim terhadap rakyat.

”Apa yang harus Tan Sri Harussani lakukan sekarang ialah membetulkan UMNO terlebih dahulu yang telah bertindak di luar batasan dan hak rakyat,”jelasnya

Salman yang mewakili Pemuda PAS Negeri Perak (DPPNPk) juga kesal Tan Sri Harussani telah mempergunakan kedudukkannya sebagai Mufti, turut mengheret Sri Paduka Sultan Perak dalam permsalahan politik yang sedang melanda negri Perak dewasa ini.

Justeru, beliau mempersilakan Tan Sri Harussani terjun ke kancah politik kepartian sekiranya beliau sudah bersedia dan benar-benar yakin terhadap UMNO.

Tiada ulasan: