Jumaat, 5 Mac 2010

Mengulas Ibrahim Ali dapat Akhbar Baru

Oleh batuapi

KDN melulus sesuatu permit akhbar mengikut mood dan situasi, ramai di kalangan mereka yang keluar parti terumatanya pembangkang akan dapat permit akhbar jika dia memohon. Dulu Ahmad Lutfi bertungkus lumus memperjuangkan kebebasan akhbar bersama Fathi Aris. Hasilnya kekecewaan kerana mereka berdua ini adalah golongan degil dan keras kepala.

Haji Abdul Wahab Yunus, pernah memegang jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat pernah keluar PAS dan menubuhkan HAMIM, dia bukan sahaja dapat permit tapi dia menjadi Pengerusi Satu Yayasan yang dinamakan YADIM. (Gambar: Hj Wahab Kanan)

Haji Nakhaie Ahmad, juga dapat permit akhbar kerana keluar PAS.

Saya suka sekiranya kumpulan yang keluar PRK juga memohon permit akhbar. Ini perluang terbaik untuk dapat permit. Bukan mudah. Nanti jika tak dapat duit yang dijanjikan boleh jual permit macam jual AP. Pasti ada yang akan menyambutnya. Ada perpapatah mengatakan sediakan payung sebelum hujan.

Kalau Tulang Besi pohon permit akhbar, pasti KDN akan hantar terus ke Indonasia kerana dia ini barua UMNO secara tak langsung untuk rosakkan Jamaah Islam.

Tulisan Mohd Noor Awang bagus dibaca bersama;
Ahli Parlimen Datuk Ibrahim Ali yang bertanding dan menang atas tiket PAS pada pilihanray umum yang lalu malah terkenal dengan nama jolokkan Ibrahim Ali Si Katak Lompat. Namun Ibrahim Ali menjadikan dirinya calun bebas dalam kerusi parlimen. Semua pengundi jajahan Pasir Mas dan penyokong PAS terguris hati. Malah hampir 95 peratus ucapannya menyindir PAS dan melawan arus kepimpinan PAS Kelantan. Itulah orang yang bernama Ibrahim Ali.
Dalam masa yang sama Ibrahim Ali menjadi ketua PERKASA sebuah NGO yang ditubukan oleh belaiu sendiri. Jelas PERKASA duduk bersama demgam pemimpin UMNO. Saolah-olah sayap sebuah ngo yang berwajahkan umno. Disitu ada umno berdemo disitu adanya ibrahim Ali atau PERKASA. Jesteru itu cukup mudak kementerian dalam negeri (KDN) telah meluluskan "Permint Akhbar" untuk Persatua periebumi PERKASA kepada Ibrahim Ali
Dengan adanya ahkbar sendiri mudah Ibrahim Ali menyuarakan apa apa pandangan beliau untuk kebaikan UMNO dan BN. Secara tidak langsung Ibrahim Ali dan Perkasa serta persatuan peribumi PERKASA menyerang dan menulis apa sahaja bentuk penulisan untuk menghentam PAS dan pakatan rakyat. Lahirlah satu lagi akhbar pembodek kerajaan UMNO/BN yang kena pada masa serat watak Ibrahim Ali sendiri. Jiwa Ibrahim Ali adalah jiwa UMNO, namum tiada lagi tawaran untuk Ibrahim Ali untuk rujuk semual kepada UMNO. Saya cadang Kepada pemimpin tertinggi UMNO segeralah buat tawaran kepada Ibrahim Ali untuk kepangkuan UMNO semula. Jika umno menerima semula Ibrahim Ali peluang UMNO kembali kuat dan bermaya di negeri Kelantan dan seluruh Tanah Melayu Malaysia. (hanya ramalan sahaja).

Dengan ada tiga serangkai Datuk Mustaffa, Datuk Awang Adek dan Datuk Ibrahim Ali umno Kelantan bakal diterima rakyat Kelantan kepimpinannya?. Namun Umno Kelantan bernafas dengan wang ehsan yang dikuasai oleh Mustaffa dan Awang Adek yang bermimpi mahu menjadi menteri besar Kelantan. Rakyat Kelantan tidak terima Awang Adek kerana keegoannya serta telah menjatuhkan airmuka Tuan Guru Datuk Nik Aziz menteri besar Kelantan. Sejarah Kelantan sesiapa yang menjatuhkan airmuka serta membenci serat menfitnah Tuan Guru Nik Aziz biasanya menemui jalan mati.

Untuk itu kami ucapkan tahniah Ibrahim Ali kerana dapat menubuhkan hampir semua negeri dengan "PERKASA" dan mendapat permint akhbar untuk persatuan peribumi PERKASA. Hanya yang kami pinta jangan terlalu ego dan hentam PAS tanpa berfikir secara lojik akal dan secara sedar. Jangan jadi pembodek yang bodoh dan tegar demi untuk politik perut sahaja.

Tiada ulasan: