Ahad, 7 Mac 2010

Mei Fun pertimbang ambil tindakan disiplin

BERNAMA



KUALA LUMPUR - Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, beliau sedang menimbang kemungki mengambil tindakan disiplin terhadap Setiausaha Agung pergerakan itu, Heng Seai Kie dan Setiausaha Pengelola Kebangsaan, Tan Cheng Liang kerana mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) pergerakan itu, semalam.

Walaupun menerima banyak panggilan anggota pergerakan itu supaya tindakan dikenakan terhadap kedua-dua mereka itu, katanya, beliau hanya akan membuat keputusan setelah berbincang dengan pemimpin Wanita lain dengan secepat mungkin.

“Justeru, saya akan mengadakan mesyuarat dengan ahli Jawatankuasa Pusat (CC) Wanita, tetapi saya tidak pasti tarikhnya lagi. Mesyuarat ahli CC mengenai tindakan disiplin terhadap Seai Kie dan Cheng Liang mungkin akan diadakan sebelum pemilihan baru ini (pada Mac 28),” kata kepada media di sebuah restoran berhampiran Wisma MCA di sini ketika AGM berkenaan berlangsung.

Pada Jumaat lalu, selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar pergerakan itu, Mei Fun mengumumkan AGM pergerakan itu akan ditangguhkan berikutan peletakan jawatan 21 anggota CC MCA, yang membuka jalan ke arah pemilihan semula jawatan dalam parti itu. Pemilihan itu akan diadakan pada 28 Mac ini.

Tiada ulasan: