Khamis, 11 Mac 2010

Mazlan Aliman dihadap ke mahkamah

Jimadie Shah Othman



Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majisret Raub atas tuduhan melakukan pencerobohan jenayah.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS didakwa mengikut Seksyen 441 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, beliau berdepan dengan hukuman penjara tidak lebih enam bulan dan didenda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Mazlan dibebaskan dengan bon polis RM3,000 dengan seorang penjamin.

Beliau ditahan pada kira-kira jam 11.30 malam semalam di ibupejabat polis Raub.

Beliau kemudiannya ditahan reman selama sehari ini berhubung siasat terhadap dakwaan beliau melakukan pencerobohan ketika mengadakan sesi dialog dengan peneroka di situ.

Sementara itu, peguam Haris Abdullah ketika dihubungi Malaysikini berkata Mazlan kelihatan sihat dan bersemangat, walaupun menderita kencing manis.

Tiada ulasan: