Khamis, 11 Mac 2010

Manohara, ibu diperintah bayar RM6 juta kepada Tengku Fakhry kerana fitnah

SINAR HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR - Model Indonesia Manohara Odelia Pinot dan ibunya diperintah oleh Mahkamah Tinggi, membayar ganti rugi RM6 juta kepada Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, dalam kes fitnah melibatkan tuntutan RM105 juta yang difailkan putera Sultan Kelantan itu terhadap mereka.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noordura Mohamed Din membuat keputusan itu dalam kamar.

Peguam yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry, Mohd Haaziq Pillay memberitahu pemberita bahawa Noordura menetapkan RM2 juta sebagai ganti rugi teruk, RM2 juta bagi ganti rugi teladan dan RM2 juta lagi bagi ganti rugi pampasan, selain faedah lapan peratus dari tarikh saman difailkan sehingga bayaran itu dilunaskan.

Beliau berkata, mahkamah memutuskan jumlah ganti rugi itu selepas mengambil kira keadaan latar belakang kes itu, kedudukan tinggi Tengku Muhammad Fakhry dan tahap dakwaan yang serius yang dibuat oleh Manohara dan ibunya Daisy Fajarina terhadap Putera Diraja Kelantan itu.

Dalam saman yang difailkan pada 20 Julai 2009, Tengku Muhammad Fakhry mendakwa kedua-dua wanita itu telah secara palsu dan jahat memfitnah beliau apabila mereka mendakwa pada satu sidang akhbar antara April dan Jun 2009 bahawa Manohara telah didera. - Bernama

Tiada ulasan: