Isnin, 1 Mac 2010

Kutipan zakat meningkat 14 Peratus di Kelantan

Harakahdaily


KOTA BHARU: Kutipan zakat di negeri Kelantan meningkat 14 peratus pada tahun 2009 apabila RM66 juta berjaya dikutip, kata Exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini.

Dalam sidang yang sama, 28 sekolah luar kelantan, dua luar negara telah gunapakai kurikulum sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK), kata Exco pendidikan, Datuk Nik Amar Abdullah.

Beliau menjawab soalan dari Adun Limbongan, Drs. Zainuddin Awang Hamat.

Dalam sidang itu, Exco Datuk Husam Musa memaklumkan, konsep pemulihan dalam komuniti akan terus diperkukuhkan di Kelantan bagi meastikan OKU tidak terpisah dari keluarga.

Beliau berkata demikian ketikan menjawab soalan dari Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS - Mengkebang).

Sebelum itu, Husam berkata, bantuan untuk OKU mendirikan rumahtangga diluluskan serta merta di DUN Kelantan pagi ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Hassan Mahamud (PAS - Tawang)

Tiada ulasan: