Isnin, 8 Mac 2010

Ketua Menteri, Exco dan Adun Melaka Perlu Istihar Harta - Sofi Wahab

Oleh Roziyah Mahamad

UALA LUMPUR : Ketua Menteri, Exco dan semua Adun termasuklah Adun daripada Pakatan Rakyat (PR) Melaka digesa supaya mengistiharkan harta masing-masing bagi memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa pimpinan Barisan Nasional (BN) dan PR di negeri ini bersih dan telus.
"Selagi perkara ini tidak dilakukan, rakyat akan terus syak wasangka kepada Ketua Menteri, Exco dan semua wakil rakyat negeri Melaka.
"Terlalu banyak tuduhan dan tomahan yang ditujukan khasnya kepada Ketua Menteri, Exco dan Adun BN yang antara lain menyatakan Ketua Menteri, Exco dan Adun BN mengumpul kekayaan dan harta yang tidak setimpal dengan pendapatan dan elaun mereka," jelas Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab dalam kenyataan medianya kepada Erapakatan.com.
Beliau berkata, Ketua Menteri dan Exco kerajaan menteri Melaka mesti berani mengisytiharkan harta masing-masing kerana dengan cara inilah sahaja rakyat dapat diyakinkan dan dapat menutup tuduhan mereka melakukan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
"Oleh kerana itu saya menggesa kepimpinan negeri ini mengisytiharkan harta mereka kepada rakyat bagi membersihkan nama mereka," kata beliau.
Menurut Sofi, pengisytiharan ini mestilah merangkumi harta isteri dan anak-anak mereka.
Pengisytiharan ini mesti dilakukan di dalam DUN Melaka dan disiarkan di dalam media bagi membolehkan semua rakyat mengetahui fakta sebenar tentang harta mereka.
"Sebelum ini saya merasa kesal dengan tindakan DUN Melaka menolak usul ADUN PR yang meminta DUN Melaka membahaskan usul untuk supaya Ketua Menteri, Exco dan ADUN mengisytiharkan harta masing-masing.

"Penolakan ini menyebabkan rakyat semakin sangsi dengan ketelusan mereka. Apa yang hendak mereka takutkan jika benar mereka bersih dan telus," kata beliau lagi.

KUALA LUMPUR : Ketua Menteri, Exco dan semua Adun termasuklah Adun daripada Pakatan Rakyat (PR) Melaka digesa supaya mengistiharkan harta masing-masing bagi memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa pimpinan Barisan Nasional (BN) dan PR di negeri ini bersih dan telus.

Tiada ulasan: