Selasa, 16 Mac 2010

Kes ‘kacau’ isteri 26 April

FREE MALAYSIA TODAY


1 KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 April depan untuk menghalang percubaan Timbalan Menteri Industri Perladangan dan Komoditi Hamzah Zainuddin untuk mengenepikan saman Anwar terhadapnya bernilai RM10 juta.

Tarikh kes saman ke atas Hamzah mengenai isu dakwaan Anwar mengacau isteri beliau (Hamzah) telah ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Wan Fatimah Rubi’ah Ali dalam kamar selepas menemui kedua-dua belah pihak semalam. Peguam Anwar, Sankara Nair berkata anak guamnya telah memohon untuk menolak pembelaan Hamzah kerana pihak pembelaan telah gagal untuk memberi maklumat lanjut dan maklumat yang lebih baik dalam tempuh masa yang ditetapkan.

Anwar memfailkan saman itu pada Ogos 2008, menuntut kerugian sebanyak RM10 juta termasuk kos atas dakwaan Hamzah bahawa Anwar telah mengganggu isterinya dalam tahun 1998.

Akhbar harian Cina, Kwong Wah Jit Poh pada 19 Ogos 2008 memetik Hamzah sebagai berkata, Anwar telah mengacau isterinya walaupun mereka ahli-parlimen-tambun-datuk-hamzahberkawan baik.

Hamzah, yang juga Ahli Parlimen Larut, membuat tuduhan ini ketika berkempen pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh bulan
Ogos 2008.

Anwar mendakwa kenyataan Hamzah itu memberi gambaran beliau terlibat dalam perhubungan seks haram, tidak bermoral dan beliau
adalah seorang manusia yang jahat.

Dalam kenyataan pembelaan, Hamzah menyatakan kenyataan dalam artikel tersebut adalah adalah adil dan kena pada tempatnya.

Sankara mewakili Anwar sementara peguam S Murali mewakili Hamzah.

Kes ini akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Dr Prasad Sandosham Abraham.

Tiada ulasan: