Sabtu, 13 Mac 2010

Kes bakar gereja Wangsa Maju disebut semula 13 April

Nigel Aw & Lee Way Loon



Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan 13 April ini untuk sebutan semula kes membakar gereja di Wangsa Maju pada awal Januari lalu, membabitkan dua adik-beradik dan seorang rakan mereka.

Hakim SM Komathy Supiah menetapkan tarikh itu sementara menunggu laporan perubatan daripada doktor yang merawat tertuduh.

Pada 29 Januari lalu, ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah di atas tuduhan membakar Gereja Metro Tabernacle di Taman Desa Melawati pada 8 Januari.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 436 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat menggunakan bahan letupan dengan niat menyebabkan kerosakan.

Ketiga-tiga mereka - Raja Muhammad Faizal Raja Ibrahim, 24, Raja Muhammad Idzham Raja Ibrahim, 22, dan rakan mereka Azuwan Shah, 23 dibenarkan diikat jamin dengan RM20,000.

Mengikut Seksyen 436, jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun.

Metro Tabernacle church after the firebombingPendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt manakala Raja Mohamad Faizal dan Raja Mohamad Idzham diwakili peguam Zambri Ibrahim.

Peguam Rosal Azimin Ahmad pula mewakili Azuwan Shah.

Serangan bom api pada 8 Jan lalu mengakibatkan bahagian bawah gereja tiga tingkat di Desa Melawati, Kuala Lumpur itu musnah.

Tiada ulasan: