Khamis, 18 Mac 2010

Kepakaran R&D Perlu Untuk Pulih Ekonomi Negara

Oleh Muhammad Faizal Zakaria


KUALA LUMPUR - Malaysia perlu tingkat dan menambahkan peruntukkan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan melantik pakar berpengalaman yang mampu membuat kajian menyeluruh bagi memastikan ekonomi Malaysia lebih terjamin pada masa yang akan datang.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membahaskan titah Yang DiPertuan Agong di Parlimen menegaskan keadaan ekonomi Malaysia sekarang disifatkan semakin tenat dan perlu dipulihkan berbanding dengan pencapaian negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.Beliau menjelaskan kenyataan Perdana Menteri yang mengumumkan episod terburuk ekonomi Malaysia telah berakhir sebagai tidak tepat dan hanya mahu menyenangkan hati rakyat.

"Sejak bila episod ini telah berubah, kenyataan tersebut tidak tepat kerana kadar miskin tegar di negara ini belum lagi pulih, terutamanya terhadap kaum Bumiputera dan juga rakyat yang berada diluar bandar.

"Kejatuhan pelaburan sektor swasta juga mengugat pelaburan negara, ini disebabkan kurang keyakinan pelabur luar untuk memasuki pasaran Malaysia," jelasnya.

Kata beliau kerajaan perlu peka dengan apa yang berlaku sekarang ini selain mengambil tindakan terhadap masalah ketirisan yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan.

Beliau juga berharap kerajaan mengatasi masalah rasuah yang berleluasa agar kerugian negara dapat diatasi.

Aliran keluar wang yang besar berjumlah RM355 bilion di lihat boleh menjerumus kepada krisis kewangan negara.

Anwar berharap akan ada perubahan yang akan dilakukan oleh kerajaan bagi membantu pertumbuhan ekonomi.

Beliau menegaskan dari tahun 2010 hingga 2015 sektor pengilangan akan mengucup disebabkan pelabur asing mengambil langkah berjaga-jaga disamping melihat langkah yang akan diambil oleh Malaysia bagi memulihkan sektor ekonomi.

Disamping itu Anwar juga berharap kadar simpanan tinggi negara dapat dipergunakan dalam bentuk pelaburan.

Tiada ulasan: