Selasa, 16 Mac 2010

Hishammuddin sahkan Musa akan diganti

FREE MALAYSIA TODAY

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN KUALA LUMPUR: Sehari selepas menafikan berita mengenai Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan akan meletak jawatan, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein hari ini mendedahkan bahwa Musa akan digantikan.

Hishammuddin mengesahkan perkara ini ketika bercakap kepada para pemberita di lobi Parlimen pagi ini dan berkata ini merupakan sebagaian dari usaha penyusunan semula anggota-anggota polis peringkat tertinggi.

"Saya tahu siapa yang akan menggantikan KPN, saya juga tahu siapa yang akan menggantikan pengarah bahagian jenayah komersial.

Saya juga tahu siapa yang akan mengambil alih. Oleh itu kita tidak perlu membuat spekulasi dan melaporkan berita tanpa berasas," katanya.

Tempuh perkhidmatan Musa yang menimbulkan banyak kontroversi telah menarik minat terutama di kalangan parti-parti di luar Barisan Nasional (BN) yang mendakwa beliau bersubahat dengan BN meguggut para penentangnya dan kerajaan BN.

Beliau juga dikaitkan dengan memalsukan bukti termasuk penglibatan Peguam Negara Abdul Gani Patail dalam insiden ‘mata lebam’ Anwar, lapor Malaysiakini.musa hasan

Yang terbaru, beliau dituduh terlibat dalam perebutan kuasa dalam pasukan polis yang akhirnya menyebabkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ramli Yusuff digantung.

Mengenai laporan bahawa peletakan jawatan Musa adalah kerana desakan rakyat, Hishammuddin menegaskan bahawa apa-apa perubahan terhadap kepemimpinan pasukan polis akan ditetapkan oleh kerajaan.

"Saya mengakui, proses penyusunan semula ini berlaku, tetapi masa dan tempat transisi ini telah ditetapkan, bukan dari tekanan daripada media tetapi oleh kerajaan dan kepemimpinan peringkat nasional.

Beliau juga berkata apa jua perubahan, ia bukan sahaja melibatkan seseorang individu tetapi keseluruhan pasukan polis sambil mendedahkan bahawa empat lagi pengarah dalam bahagian-bahagian polis akan bersara pada tahun ini.

Tiada ulasan: