Sabtu, 13 Mac 2010

Ceramah Anwar 9 Mac di Seremban isyarat Putrajaya makin dekat ....

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB


SEREMBAN 2: Pakatan Rakyat menempa sejarahnya tersendiri di Seremban, buat julung kalinya ceramah umum dengan tema ' Semboyan Halilintar Ke Putrajaya' sempena ulang tahun kedua Tsunami Politik di Malaysia bertempat di Seremban 2, 9 Mac lalu mendapat sokongan paling ramai dalam sejarahnya.

Walaupun halilintar membelah awan dan hujan turun agak lebat sebaik bermula ceramah membariskan kepimpinan utama Pakatan Rakyat, namun penyokong sedikitpun tidak bergerak, malah erat merapatkan saf membuka semangat menanti ucapan pimpinan.

Ceramah yang diadakan tak jauh dari Hospital Pakar Columbia itu bersaksikan polis yang hanya datang untuk memerhati dan bukan seperti di Kampung Baru Kuala Lumpur dua hari sebelumnya yang meyaksikan keganasan berlaku.

Sebelum ucapan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustaffa Ali dan juga pimpinan PAS dan DAP negeri melakarkan ucapan yang menjelaskan kesetiaan kepada wadah perjuangan Pakatan Rakyat.

Kehadiran menjangkau atau melebihi 10,000 yang rata-rata penyokong menyifatkan ia satu kejutan yang membimbangkan kerajaan Umno/BN dalam mempertahankan Negeri Sembilan dengan hanya empat kerusi sahaja.

Tiada ulasan: