Jumaat, 5 Mac 2010

Burj Khalifa Berhala Pekerja Asing

Faisal Mustaffa


Pengalaman di Abu Dhabi dan Dubai (dua buah daerah terbesar di UAE, United Arab Emirates) banyak saya kaitkankan dengan keadaan di tanahair sendiri terutamanya dari segi pelancongan.

Kemegahan Burj Khalifa, keindahan bangunan-bangunan pencakar langit, cita-cita Saadiyat, penginapan ala raja di Emirates Palace di Abu Dhabi dan Atlantis dan Burj al-Arab di Dubai amat menguja pelancong-pelancong. Ya, memang itulah dikirakan hasrat kerajaan UAE dalam menjadikan Negara itu sebagai destinasi pelancongan terunggul di dunia.

Sering dilihatkan UAE sebuah Negara yang kaya-raya dengan petroleum - sebab itulah mereka mampu untuk membina menara tertinggi di dunia dengan ketinggian melepasi jangkauan 800 meter setinggi 160 tingkat. Burj Khalifa juga kini memegang rekod baru dengan mempunyai struktur tertinggi yang sebelum ini dipegang oleh kepala tiang KVLY-TV di Blanchard, Dakota Utara dan juga struktur berdiri bebas tertinggi di dunia yang sebelum ini disandang oleh Menara CN Toronto. Kini Menara Berkembar Petronas jatuh ke tangga ke 4.

Dalam keghairahan pembinaan mercu tanda Dubai, semasa pembinaannya, seramai 249 pekerja pembinaan terlibat dalam kemalangan pada tahun 2007 yang kebanyakannya terjatuh dari pelbagai tingkat.

Akuarium Dubai yang boleh mengisi 10 juta liter air masin dari laut pula mengalami keretakan namun ianya masih di tahap tidak membahayakan.

Pusat Rebutan Rezeki

Berasaskan cita-cita asal Raja Syed Zayed yang kini disemadikan di Masjid Sayed Zayed agar UAE menjadi pusat ekonomi Timur Tengah. Memandangkan pertumbuhan yang tiada henti, faktor utama yang perlu difikirkan ialah tenaga kerja.

Kini kita mendapati 90% daripada tenaga kerja di Dubai terdiri daripada pekerja asing yang menakluki industri peruncitan dan perkeranian. Juga terdapat expatriate dari Negara-negara maju dan tidak ketinggalan dari Malaysia yang bekerja keras untuk memajukan ekonomi UAE.

Pengaliran tenaga-tenaga mahir dari Malaysia (sebut brain drain) ke Negara luar sejak kemerosotan ekonomi pada 1999. Kebanyakan mereka berkecimpung di dalam bidang teknologi maklumat dan kewangan. Tidak ketinggalan juga terdapat ramai yang bertugas sebagai krew penerbangan Etihad yang letih dengan Penerbangan Malaysia dengan imbuhan berkali ganda.

Pekerja-pekerja asing bukan sahaja datang dari Negara-negara ketiga dari Afrika atau Asia tetapi juga dari Negara-negara maju seperti Eropah yang menjanjikan kekayaan dunia.

Faktor-faktor tarikan orang luar bekerja di UAE bilamana kerajaan mereka mempraktikkan kehidupan tanpa cukai (seperti Brunei) dan mempunyai KDNK sebanyak USD 6.7 trillion. Bagi mempersiapkan sistem pengangkutannya, Dubai mempunyai lapangan terbang ultra moden, sistem pengangkutan transit ringan Metro sepanjang 318km (pada tahun 2020) dan mempunyai 18 stesen setakat ini yang menghubungkan destinasi-destinasi penting sekitar bandaraya itu.

Salah satu projek yang amat menarik perhatian ialah Dubai Internet City yang mana pembinaannya memenuhi permintaan abad ke-21 yang mana komunikasi dengan kalajuan tinggi dipusatkan dalam satu bandar. Kita juga mempunyai cita-cita yang sama ketika Malaysia berangan-angan membina Koridor Raya Multimedia (MSC) yang seperti yang dijangkakan menjadi projek gajah putih. Alangkah terkejut apabila diberitahu bahawa pakar-pakar di belakang projek Internet City ini ialah mereka yang sama membangunkan MSC. Perbezaannya Dubai Internet City sudah beroperasi dengan syarikat-syarikat multimedia beroperasi dengan jayanya manakala MSC seperti "hidup segan mati tak mahu".

Projek Gergasi

Projek gergasi yang dalam perancangan UAE ialah Pulau Saadiyat yang berjumlah USD 27 bilion di mana ia menempatkan perdagangan, penempatan dan pelancongan- di satu pulau. Kesemuanya dijangka siap pada tahun 2018. Saadiyat yang bermakna Kebahagiaan mempunyai keluasan 27 km persegi yang boleh menempatkan 150,000 penghuni dengan segala kemudahan yang ada.

Antara projek yang dibuat dalam Saadiyat ialah seperti sistem pengangkutan ringan sejauh 10 km selari dengan lebuhraya yang bercantum dengan Bandar Abu Dhabi, dengan pembinaan 29 hotel.

Projek yang menjadi penakjuban ialah institusi kebudayaan seperti, the Guggenheim Abu Dhabi, the Louvre Abu Dhabi, the Pusat Persembahan Seni, Muzium Maritim and dan Muzium Sheikh Zayed. Di Pulau Saadiyat juga akan dibina taman wetland (seperti Putrajaya yang kini tidak menarik pelancong lagi). Kesemua arkitek dipanggil dari seluruh Negara bagi membina bangunan-bangunan yang bercirikan era abad ke-22.

Kesungguhan kerajaan monarki UAE memberi banyak tarikan. Aku sering membandingkan apa bezanya dengan keadaan di Malaysia suatu waktu dahulu di mana Malaysia juga sebuah Negara pengeluar minyak.

Pekerja asing di sini ditindas dan ada yang dirogol. Labuan yang sepatutnya menjadi Pusat Kewangan Pesisir Pantai menjadi bandar berhantu. Gajah-gajah putih berkeliaran.

*Faisal Mustaffa ialah penulis bebas.

Tiada ulasan: