Jumaat, 12 Mac 2010

AMK Ditahan Polis Edar Risalah

Oleh Roziyah Mahamad


KUALA LUMPUR : Dua orang Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gombak ditahan pihak polis kdi Masjid Al Riduan, Ulu Klang selepas solat jumaat.

Mohd Hafiz Bidin dan Arie Yudistira ditahan ketika mengedarkan risalah 'Fitnah Dasyat Berulang Kembali' iaitu risalah perubatan berhubung fitnah yang melanda Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua AMK cabang Gombak, Jafrien Mohd mengesahkan dua individu tersebut telah di bawa ke IPD Ampang dan ditahan di bawah Akta Hasutan serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Tiada ulasan: