Ahad, 7 Mac 2010

AGM Pemuda MCA Batal, Wanita Tanpa Pimpinan Kanan

TV SELANGOR

Mesyuarat Tahunan Pemuda MCA di boikot oleh sebahagian besar perwakilan parti itu menyebabkan ia terpaksa dibatalkan.

Mesyuarat tersebut yang diadakan seawal jam 9 pagi di ibu negara hari ini hanya menyaksikan 10 dari 1,742 perwakilan termasuk Timbalan Ketua Pemuda Mah Hang Soon, Timbalan Setiausaha Agung Pemuda Loh Chew June dan Ketua Pemuda Pulau Pinang Eng Hiap Boon.

Mah berusaha untuk memastikan AGM ini berjaya dengan mengemblengkan 200 perwakilan. Beliau bagaimanapun sekadar berjaya mengumpul 87 perwakilan, termasuk 7 dari 55 anggota jawatankuasa pusat Pemuda MCA.

Artikel 36 Perlembagaan MCA menetapkan AGM hanya sah dengan korum minima 200 perwakilan.

Sementara itu, AGM Wanita MCA diteruskan tanpa kehadiran pimpinan kanan sayap itu, termasuk Ketua Chew Mei Fun.

Sebelum AGM bermula, Speaker Ooi Siew Kim mengumumkan mesyuarat itu ditunda sebelum melangkah keluar dari Dewan San Choon di Wisma MCA Kuala Lumpur.

Meskipun begitu, 350 perwakilan yang hadir kekal dan mereka melantik Ketua Wanita Kelana Jaya Ong Chong Swen untuk mempengerusikan AGM.

Tiada ulasan: