Jumaat, 12 Februari 2010

Zambry tidak ikhlas

DETIK DAILY


Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mendakwa Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tidak ikhlas menerima pelawaan pakatan pembangkang untuk bekerjasama.

Koo Ham berkata, sekiranya Zambry ikhlas, beliau seharusnya memberi peruntukan kewangan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang untuk kebajikan dan membantu rakyat.

“Sewaktu Barisan Nasional (BN) memerintah sebelum pembangkang ambil alih, saya pernah memohon peruntukan ADUN di Pejabat Pembangunan Negeri namun, tidak dilayan langsung.

“Sekarang, sudah terang-terangan Zambry tidak akan memberi peruntukan kepada ADUN pembangkang, ini men- jadi bukti beliau mengamalkan diskriminasi dalam pentad- birannya,” katanya kepada: Sinar Harian, :semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Beruas berkata, pakatan pembangkang telah lama memberikan kerjasama terhadap Kerajaan Negeri terutama berkaitan dengan projek yang dimulakan di bawah pentadbiran pembangkang.

“Walaupun Zambry membuat perasmian pecah tanah kali kedua pada projek yang di bawah pentadbiran pembangkang dulu, kita tidak kacau, malah pemantau dan memberikan kerjasama sehingga projek tersebut siap,” katanya.

Kelmarin, Zambry menegaskan Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan pembangkang dalam penyaluran peruntukan bagi menjamin kepentingan dan kebajikan rakyat.

Zambry berkata, soal tuntutan pakatan pembangkang tidak timbul kerana perkara yang lebih penting adalah untuk rakyat di mana duit harus pergi kepada rakyat.

Terdahulu, bekas Menteri Besar Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin sedia bekerjasama sekiranya Kerajaan Negeri bersedia memenuhi tuntutan pembangkang seperti peruntukan kewangan kepada ADUN pembangkang, penggunaan dewan orang ramai serta menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Daerah.S/H

Tiada ulasan: