|
Diketuai pengerusi Gabungan Mahasiswa Bantah E-undi (Bantah), Mohd Aizat Mohd Salleh, kumpulan tersebut sebelumnya, berarak daripada Akademi Pengajian Islam (API).
Pihak keselamatan univesiti membuat dua sekatan bagi menghalang kumpulan tersebut daripada terus mara, namun kesemua mereka berjaya meloloskan diri.Sekatan pertama oleh anggota keselamatan universiti diadakan berhampiran Kolej Kediaman Kelima, manakala satu lagi berdekatan Kolej Kediaman Kedua.
Pada kira-kira jam 4.15 petang, empat wakil pelajar, termasuk Mohd Aizat, dibenarkan masuk menyerahkan patung tersebut.
Tiga lagi ialah Pengerusi Pro-M UM, Mohd Shafie Hashim, Mohd Ridhuan Othman (Bantah) dan Zulfitri Amin (wakil aktivis pro-M).
Beberapa minit kemudian, mereka keluar selepas meletakkan patung tersebut di pintu pejabat Dr Azrae. Difahamkan beliau tidak berada di pejabat hari ini.
Sebelum itu, pada jam kira-kira 2.20 petang, kira-kira 25 mahasiswa berkumpul di akademi tersebut untuk berarak ke Kompleks Perdana Siswa (KPS).
Setibanya di KPS, jumlah mahasiswa meningkatkan kepada kira-kira 50 orang.
Selain menuntut Dr Azarae meletak jawatan, mereka juga mahukan pilihanraya kampus dijalankan dengan "bersih dan adil".
Dalam keadaan langit yang mendung itu, mereka membawa dua kain rentang dan poster yang bertulis "Jangan Ugut Mahasiswa, Bubarkan HEP Segera!!!", "Mahasiswa Tuntut Bersihkan Pilihan Raya", "TNC letak jawatan" dan "Demokrasi Kampus Mati".
Manakala di Masjid Al-Rahman pula, mereka mengedarkan risalah kepada orang ramai selepas solat Jumaat.
Setibanya mereka KPS, hujan pun turun dengan lebatnya, beserta kilat sambung menyabung. Mereka sempat berkumpul di Gazebo (pentas terbuka) untuk mendengar ucapan beberapa pemimpin pelajar.
Mohd Aizat dalam ucapannya mendakwa mahasiswa universiti itu "ditipu dengan sistem pengundian berkompter (e-undi) yang penuh dengan masalah".
Mereka juga tidak mengiktiraf majlis perwakilan mahasiswa yang akan dibentuk minggu hadapan kerana mendakwa ia hasil pengundian tidak telus.
Beliau menyifatkan majlis tersebut sebagai haran dan "lahir daripada sistem yang tidak telus, bobrok dan menipu mahasiswa."
Mohd Aizat juga mendesak Dr Azrae meletakkan jawatan kerana didakwanya "tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan baik".
"Saya kecewa dan kesal. Bila kita mengadakan rundingan dan mereka berjanji untuk mengotainya, tapi bila tiba pilihan raya, suara kita langsung tidak didengari.
"Saya menuntut agar demokrasi kampus ditegakkan kembali," katanya disambut laungan "Tolak TNC HEP" dan "Sila Undur TNC HEP".
Dalam pilihan raya kampus minggu lalu, Pro-Aspirasi menguasai semula UM apabila memperolehi 21 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.
Manakala Pro-M pula memperolehi 17 kerusi dan bebas memenangi tiga kerusi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan