Khamis, 18 Februari 2010

SPRM digesa siasat kes profil tinggi secara terperinci :

SINAR HARIAN ONLINE


SHAH ALAM - Gerakan Rakyat dan Integriti (Gerak) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Ketua Pesuruhjaya yang baru, Datuk Abu Kassim Mohamed agar lebih cekap, telus dan bebas semasa melakukan siasatan terhadap kes yang berprofil tinggi di masa hadapan.

Dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, Ahli Lembaga Gerak melahirkan rasa kecewa berhubung pengumuman SPRM tentang penutupan kes berprofil tinggi baru-baru ini akibat daripada kegagalan mengumpul bukti.

Dalam usaha mengembalikan kepercayaan rakyat, SPRM perlu dilihat lebih adil dan matang dengan berbekalkan teknologi sedia ada dalam melakukan penyiasatan dan pengumpulan bukti kukuh.

Ini kerana kepimpinan Gerak yang lalu juga telah menyerahkan kes-kes rasuah yang berprofil tinggi melibatkan beberapa kenamaan namun hasilnya amat mengecewakan.

Terdahulu, SPRM menutup lapan kes rasuah berprofil tinggi termasuk membabitkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tiada ulasan: