Isnin, 8 Februari 2010

Saya Tidak Keluar Parti: Loh Gwo Burne

Oleh IZATUN SHARI


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne mematahkan spekulasi bahawa beliau akan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyertai satu parti komponen Barisan Nasional (BN).

"Sepanjang minggu lalu, sudah kedengaran cakap-cakap tentang ahli-ahli penggubal undang-undang PKR meninggalkan parti untuk menyertai BN. Ia tidak benar.

"Saya tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat atau PKR," katanya kepada pemberita di pusat khidmatnya, semalam.

Loh berkata, beliau menyertai PKR ekoran permintaan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ketika saat-saat beliau memerlukan pertolongan, tidak mungkin sama sekali saya meninggalkannya (Anwar)," katanya.

Beliau mengulas laporan media bahawa empat penggubal undang-undang PKR akan melompat parti ke BN tidak lama lagi.

Loh turut menggesa pemimpin PKR untuk mengetepikan ego masing-masing dan berhenti bersaing sesama sendiri dan pertengkaran mereka yang "kebudak-budakan".

Sementara itu, Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam juga dari PKR berkata, spekulasi mengenai ahli parlimen melompat parti perlu berhenti.

Tegasnya, Loh, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong tidak keluar parti atau menjadi wakil bebas.

Bagaimanapun, Naib Presiden PKR, R. Sivarasa berkata, lompat parti adalah "dibenarkan" sekiranya dibuat untuk sebab-sebab yang munasabah.

Katanya, 'pembelotan' sedemikian dibenarkan di bawah Perlembagaan.

"Jika mereka melompat atas sebab yang salah, maka ia adalah salah," kata Sivarasa pada satu forum yang dianjurkan PKR di Georgetown, Jumaat lalu.

Sivarasa memberitahu, wakil-wakil rakyat yang melompat parti berlaku di kebanyakan negara.

"Bagaimanapun, di Malaysia, ia dilihat secara was-was dan tidak beretika kerana dalam kebanyakan kes, ahli-ahli politik melompat parti untuk memperoleh kedudukan serta faedah kewangan," katanya.

Dalam perkara lain, Sivarasa berkata, Pakatan memerlukan lima hingga 10 tahun lagi untuk mencapai matlamat-matlamat biasanya.

Sivarasa berkata, adalah tidak mudah untuk mengubah kerangka minda masyarakat yang berada di bawah pemerintahan BN untuk lebih daripada 50 tahun.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir mengecam cadangan tersebut.

"Penggubal undang-undang PKR di Penang menghentam rakan sejawat DAP mereka dalam tempoh dua tahun selepas pilihan raya 2008.

Bolehkah kita melayan persaingan sesama sendiri serta perbezaan ideologi bagi tempoh lima hingga 10 tahun lagi?

"Saya menggigil memikirkan akibatnya," katanya. Pakatan, katanya, perlu membuktikan kewibawaannya sekarang.

Tiada ulasan: