Jumaat, 5 Februari 2010

Perlantikan semula ahli PBT, Zambry terdesak

Harakahdaily


IPOH: Ramai terkejut dengan tindakan kerajaan Umno negeri itu apabila menyegerakan perlantikan semula semua Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sedangkan perkhidmatan mereka belum lagi tamat tempoh.

Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Salman Saleh berkata, Umno kini berada dalam keadaan terdesak dan yakin tindakan tersebut ada kaitan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang kan menentukan Menteri Besar Perak yang sah pada 9 Februari ini.

"Pemuda PAS Perak melihat tindakkan tersebut juga menunjukkan bahawa mereka mahu terus menguasai PBT walaupun berlakunya perubahan pentadbiran Kerajaan Negeri," katanya.

Tindakkan kerajaan Umno itu katanya adalah untuk memastikan PBT baru tidak dapat berfungsi jika berlaku perubahan kepimpinan Kerajaan Negeri. seperti terjadi selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 tahun 2008 yang lalu.

Pemuda Perak jelasnya kesal dengan tindakkan tersebut yang membelakangkan kehendak rakyat sepertimana yang telah di lakukan semasa pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).

"Dengan menguasai PBT ini, mereka akan cuba menyekat hubungan rakyat dengan Kerajaan Negeri.

"Kita membantah sekeras-kerasnya perlantikan ini kerana ianya tidak mencerminkan demokrasi sepertimana kehendak rakyat. UMNO / BN perlu kembalikan hak rakyat yang telah mereka cabuli," katanya.

Tiada ulasan: