Rabu, 3 Februari 2010

Perbicaraan Kes Liwat Anwar Ditangguh, Keterangan Secara Tertutup Esok

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula hari ini ditangguhkan pada petang ini selepas hakim perbicaraan membenarkan permohonan pihak pembelaan bagi pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, menyambung keterangannya secara tertutup esok.

Mohd Saiful menjadi saksi pertama memberikan keterangan selepas Anwar minta dibicarakan terhadap pertuduhan itu.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, dalam ucapan pembukaannya berkata pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan untuk menunjukkan bahawa kesan air mani daripada spesimen yang diambil daripada dubur Mohd Saiful, yang telah disahkan oleh Jabatan Kimia, adalah milik Anwar.

Anwar, yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang paad 26 Jun, 2008.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tiada ulasan: