Isnin, 8 Februari 2010

Pas minta tangguh GST

SINAR HARIAN ONLINE


SHAH ALAM – Pas mendesak kerajaan menangguhkan bacaan kali kedua rang undang-undang cuka:i barangan dan perkhidmatan (GST) bagi memberi pelu:ang satu jawatankuasa peringkat Parlimen ditubuhkan untuk mengkaji masalah dasar percukaian sebelum ia dilaksanakan.

Naib Presdiennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, penangguhan itu bagi memb:erikan tempoh ke:pada jawatankuasa peringkat parlimen yang disertai Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan mencari rumusan yang lebih tepat agar pelaksanaannya kelak akan membela dan melindungi rakyat.

Menurutnya, di bawah jawatankuasa khas ini pula wajar ditubuhkan sebuah jawatankuasa kecil yang disertai persatuan pengguna, pengilang, akauntan dan percukaian bagi memperhalusi GST itu.

”Kami tidak menolak GST secara total tetapi mahu kepastian daripada kerajaan bahawa apabila GST dilaksanakan cukai pendapatan individu, syarikat dan koperasi diturunkan lagi sebab GST akan membebankan pengguna,” katanya

“Oleh itu, Pas akan menghantar surat kepada Menteri Kewangan secepat mungkin bagi menangguhka:n pembacaan rang undang-undang kali kedua itu,” katanya dalam sidang media selepas persidangan meja bulat mengenai GST di Shah Alam Convention Center (SACC), di sini, semalam.

Persidangan Parlimen ke-12, mesyuarat pertama, penggal ketiga Dewan Rakyat akan dijadualkan bermula 15 Mac sehingga 15 April ini.

Rang undang-undang itu telah di bentang untuk bacaan kali pertama pada persidangan Parlimen Disember lepas.

Mahfuz turut mendesak Parlimen diberi kuasa memutuskan kadar cukai GST dan bukannya ditentukan oleh Menteri Kewangan.

“Melalui akta 10.1 dan 10.2, dalam rang undang-undang GST itu, memberi kuasa mutlak kepada Menteri Kewangan untuk menentu:kan kadar GST tanpa membawa hal itu ke Parlimen.

“Ini melihatkan tiada keseimbangan kepada rakyat, dan mendesak Parlimen yang akan memutuskan kadar cukai dan bukannya kuasa mutlak oleh Menteri Kewangan,” katanya.

Tiada ulasan: