Isnin, 15 Februari 2010

Mustaffa mahu fail saman malu

UTUSAN ONLINE


IPOH - Ahli perniagaan, Datuk Muhamad Mustaffa Idrus akan memfailkan saman malu terhadap bekas isterinya, Mastura Bakar di Mahkamah Sivil di sini Rabu ini kerana didakwa memfitnahnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Pulau Pinang berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas isterinya dalam sebuah akhbar tabloid baru-baru ini menggambarkan beliau melakukan liwat, kaki perempuan dan kaki pukul.

Katanya, turut akan disaman ialah akhbar tabloid dan wartawan akhbar terbabit kerana menyiarkan cerita tersebut serta sebuah laman blog propembangkang yang melabelkan beliau sebagai 'Tiger Woods' Melayu.

Menurutnya, tindakan itu bagi membersihkan namanya serta keluarga beliau yang terjejas akibat kenyataan itu.

"Artikel yang ditulis dalam akhbar itu adalah kenyataan Mastura di luar prosiding mahkamah dan ia sangat memalukan saya dan keluarga kerana saya kini dianggap melakukan liwat dan lelaki gila seks.

"Selepas berita tersebut disiarkan, saya tidak pulang ke rumah dan anak saya juga terpaksa berpindah sekolah dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur kerana malu kepada rakan-rakan serta guru-guru," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mastura dan Muhamad Mustaffa bernikah pada 3 Jun 2006 di Masjid Pengkalan Hulu dekat sini dan dikurniakan tiga anak berusia dua hingga lima tahun.

Pasangan tersebut bercerai pada 27 Januari lalu selepas Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur membenarkan permohonan cerai fasakh yang dikemukakan oleh Mastura.

Menurut Muhamad Mustaffa, beliau kini hidup tidak keruan dan malu untuk berhadapan dengan orang ramai.

Tiada ulasan: