Rabu, 24 Februari 2010

Mansuhkan Seksyen 27 Akta Polis segera!

Oleh Liao Kok Fah



Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan persekutuan mendakwa empat orang pemimpin "Gerakan Anti Toksik dan Busuk Kuala Kuang" yang dikatakan terbabit dalam perhimpunan haram, mengakibatkan mereka dipenjara dua minggu dan disaman sebanyak RM5,000 seorang.

500 orang penduduk kampung baru Kuala Kuang, Chemor, Perak menganjurkan satu protes secara aman pada tahun 2001, menggesa Menteri Besar Perak ketika itu, Tajol Rosli agar segerakan perpindahan sebuah kilang getah Chip Lam Seng berjarak tiga meter sahaja dari kampung baru mereka, kerana kilang getah tersebut mengeluarkan bau busuk dan disyaki bertoksik, telah mengancam kesihatan penduduk. Tindakan protes ini sekadar pelaksanaan hak asasi seseorang.

Pihak polis bukan sahaja menangkap tiga orang pemimpin jawatankuasa anti toksik dan busuk iaitu Chai Sing Chong (70), Chong Min Tow (67) dan Tan Kin Siah (48), bersama dengan ahli jawatankuasa pusat Parti Sosialis Malaysia K. Kunasekaran, 46, malah menggunakan Seksyen 27 Akta Polis yang zalim untuk mendakwa mereka di mahkamah, kerana "melanggar artikel 27(2) Akta Polis".

Jelas, tindakan polis tersebut jauh bezanya dengan caranya menangani protes Pemuda UMNO dan Perkasa di luar bangunan kedutaan Australia serta protes Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang, baru-baru ini. Dalam kedua-dua aktiviti protes yang disebut di atas, tiada tindakan diambil terhadap peserta.

Jawatankuasa Sivil berpendapat, Seksyen 27 Akta Polis 1967 memperuntukkan kuasa kepada polis untuk mengawal dan mengeluarkan permit perhimpunan, ia telah mencabuli hak-hak kebebasan berhimpun dan kebebasan bersuara rakyat Malaysia, malah bercanggah dengan semangat demokrasi.

Kerajaan Barisan Nasional telah menyalahgunakan kuasa mereka untuk mengekang kehidupan awam rakyat, menindas suara ketidakpuasan masyarakat, kerana takut kuasa rakyat bersatu dan mengancam kuasa politik Barisan Nasional. Sama ada Akta Keselamatan Dalam Negeri, Ordinan Darurat ataupun Seksyen 27 Akta Polis, semua langkah anti-demokrasi ini adalah untuk mengukuhkan kedudukan monopoli politik BN, dan tiada kaitan langsung dengan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Rakyat harus sedar, pemimpin Negara telah bertukar tiga orang dalam tempoh 30 tahun, tetapi kandungan Akta Polis yang mencabuli hak-hak kebebasan berhimpuan tidak mengalami sebarang perubahan. Bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi menubuhkan Suruhanjaya Diraja PRDM tetapi gagal melaksanakan pembaharuan, Program Transformasi Kerajaan yang dilancarkan oleh Najib hanya berfokus dalam menambah-baikkan urus tabir kerajaan. Barisan Nasional tidak memberi sebarang janji dalam pendemokrasian Malaysia selepas tsunami 8 Mac 2008.

Kami menggesa kerajaan BN melaksanakan pendemokrasian, memansuhkan Seksyen 27 Akta Polis dengan serta merta dan memulangkan hak-hak asasi kebebasan berhimpun dan kebebasan bersuara rakyat! Kami juga berharap pihak polis dan peguam Negara menghormati hak-hak empat orang pemimpin gerakan anti toksik dan busuk yang terjamin dalam perlembagaan Malaysia, tarik balik dakwaan ini jikalau rayuan mereka Berjaya dalam mahkamah tinggi.

*Kenyataan media oleh Liao Kok Fah selaku Pengerusi Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Tiada ulasan: