Jumaat, 26 Februari 2010

Ku Li akui masih setia pada perjuangan Umno

BERNAMA



Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengakui dirinya masih setia kepada perjuangan Umno walaupun terus menyuarakan hak Kelantan dalam tuntutan royalti minyak.

Beliau menolak dakwaan pelbagai pihak yang menyatakan beliau tidak setia kepada perjuangan Umno berikutan tindakannya memperjuangkan hak Kelantan untuk mendapat bayaran royalti minyak.

tengku razaleigh hamzah interview with malaysiakini 4Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang memberitahu pemberita selepas menghadiri mesyuarat bulanan Umno bahagian itu di Bukit Chekati dekat Gua Musang bahawa beliau masih setia kepada perjuangan parti itu.

Pada 28 Jan lalu, Tengku Razaleigh turut berceramah di program solat hajat dan ceramah perdana Isu Royalti Minyak Kelantan anjuran badan bukan kerajaan di Stadium Sultan Mohammed IV yang turut dihadiri oleh pemimpin PAS.

Beliau pada ceramah itu menegaskan bahawa Kelantan layak menerima wang royalti minyak sebanyak lima peratus, dan selepas itu terus mempertahankan pandangannya itu.

Tiada ulasan: