Jumaat, 19 Februari 2010

Kes Zulkifli ditunda 1 Mac

BERITA HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin Parti Keadilan rakyat (PKR) menangguhkan pendengaran kes Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baru, Zulkifli Noordin yang sepatutnya diadakan semalam kepada 1 Mac ini supaya adil kepada beliau.

Lembaga itu dalam satu kenyataan semalam, menegaskan pendengaran berkenaan bertujuan mendapatkan keadilan untuk semua pihak yang terbabit.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali, dalam satu kenyataan lain, menegur Zulkifli kerana sering berdolak dalih dan memberi keutamaan terhadap kepentingan peribadinya berbanding hal berkaitan parti.

Beliau mendakwa Zulkifli, yang kini berada di Korea Selatan, sengaja keluar negara bagi mengelak daripada menghadap lembaga disiplin yang menjadualkan untuk mendengar kes terhadapnya, semalam.

“Pemergian Zulkifli ke Korea Selatan adalah atas urusan peribadi, bukannya dihantar oleh PKR, malah beliau tidak memaklumkannya kepada lembaga disiplin,” katanya.

Tiada ulasan: