Khamis, 18 Februari 2010

Kerajaan Negeri Peruntuk RM5B Pulih Projek Terbengkalai

TV SELANGOR

Sebanyak 141 projek perumahan terbengkalai telah dikenalpasti apabila Pakatan Rakyat mengambil-alih Kerajaan Negeri.

Meliputi 50,000 unit rumah, kerajaan negeri memperuntukkan sekurang-kurangnya RM5 bilion untuk memulihkan projek terbabit.

Dilancarkan pada 2009, dalam tempoh 6 bulan pertama sahaja, 8 projek perumahan terbengkalai berjaya disiapkan sepenuhnya.

Seterusnya, sebanyak 42 projek yang terbengkalai sebelum ini diambil-alih oleh pemaju baru untuk dibangunkan semula.

Pada 20 Februari depan, bertempat di Taman Ukay Bistari Hulu Kelang, Penasihat Ekonomi Negeri Anwar Ibrahim akan menyerahkan kunci kepada 300 pembeli unit-unit rumah yang berjaya disiapkan di Ukay Bistari dan Saujana Puchong.

Beliau juga dijangka mengadakan pertemuan bersama wakil pembeli melibatkan hampir 5,000 unit rumah terbengkalai seluruh Selangor.

Kerajaan negeri mensasarkan 20 peratus dari jumlah keseluruhan dapat dipulih dan diserahkan semula kepada pembeli sebelum tahun 2010 berakhir.

Aktiviti pemulihan ini dijangka menjana kesan gandaan terutamanya bagi merancakkan kemabli sektor pembinaan, terutamanya di kalangan kontraktor kecil dan sederhana.

Tiada ulasan: