Sabtu, 20 Februari 2010

Kapal selam sudah dibaiki

BERITA HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR: Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman yang mengalami kerosakan teknikal sehingga tidak dapat digunakan sejak 17 Januari lalu, kini sudah pulih sepenuhnya dan sedia untuk beroperasi seperti biasa.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerosakan berlaku pada bahagian penutup kapal selam dan ia sudah dibaik pulih oleh syarikat pengeluar kerana aset pertahanan itu masih dalam jaminan.

Katanya, ujian yang mengesahkan kapal selam itu pulih sepenuhnya sudah dijalankan
melalui operasi penyelaman di dasar laut perairan Sabah, kelmarin.

“Pembekal (pengeluar) sudah berada di negara ini dan ujian mendapati masalah (kerosakan) sudah diselesaikan sepenuhnya. Kerosakan tak serius... cuma pada bahagian penutup dan kita tidak mengeluarkan sebarang kos kerana masih dalam jaminan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sambutan Maal Hijrah Peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di kementeriannya di sini, semalam. Pada majlis itu, Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya Datuk Mohamed Noordin Ali dipilih menerima anugerah Wira Maal Hijrah 2010.

Tiada ulasan: