Jumaat, 5 Februari 2010

Jumlah Anggota Umno Sabah Hampir Setengah Juta

BERNAMA


KOTA KINABALU: Umno Sabah sehingga kini mempunyai anggota seramai 459,817 orang dan angka itu akan bertambah dari semasa ke semasa, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman malam ini.

"Umno Sabah akan bekerja keras untuk menambah bilangan ahli dan menggunakan semua peluang dalam program-program bersama rakyat dengan membuka kaunter pendaftaran ahli," kata Musa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Umno Negeri di sini.

Beliau berkata Umno Sabah akan menggunakan kesempatan Progam Juara Rakyat yang diadakan setiap bulan di semua bahagian untuk mendekatkan parti dengan rakyat dan meraih sokongan rakyat.

Tiada ulasan: