Jumaat, 19 Februari 2010

Isu kapal selam bakal hangatkan parlimen Mac ini

Hafiz Irwan


RANTAU PANJANG: Persidangan parlimen Mac depan bakal menyaksikan suasana lebih hangat lagi apabila kegagalan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman menyelam akan menjadi sasaran anggota-anggota parlimen Pakatan Rakyat.

Kejadian yang memalukan negara itu akan menjadi fokus utama Pakatan Rakyat selepas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengakui berlaku kesilapan teknikal.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, persidangan parlimen pertengahan Mac depan akan dijadikan platform terbaik membincangkan isu keselamatan negara tersebut.

“Kami akan mencadangkan satu kertas putih di peringkat kementerian dapat diusahakan segera bagi menjelaskan masalah yang berlaku terhadap kapal selam terbabit,” katanya ketika ditemui selepas ceramah di sini, kelmarin.

Baru-baru ini, Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dilaporkan berkata, kapal selam KD Tunku Abdul Rahman mengalami kerosakan teknikal dan tekanan tinggi di bahagian sistem tangki.

Kerosakan sistem tersebut dikatakan menyebabkan kapal selam tersebut mendatangkan risiko tinggi apabila menyelam.

Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang berkata, isu kapal selam juga akan dibincangkan terlebih dahulu pada jawatankuasa peringkat kabinet bayangan Kementerian Pertahanan Pakatan Rakyat untuk diperhalusi.

“Kita tidak menolak kemungkinan akan membuat laporan polis mengenai masalah dihadapi kapal selam terbabit yang dibeli tanpa mengikut spesifikasi sepatutnya.

“Apabila berlaku kecacatan kepada kompenannya sudah tentu ia mengundang persoalan ramai memandangkan harga kapal selam tersebut kira-kira RM1 billion. Ini adalah satu episod yang memalukan negara,” ujarnya.

3 ulasan:

mbah gedi berkata...

nak tergelak pun ada bila baca penulisan ni, sbb apa yg aku tahu, kapal selam yg dikatakan tak boleh menyelam tu, aku pernahlah tanya pada kawan2 yg duk keje kat situ, diorg kata kapal tu tengah repair untuk maintanance, tu yg tak boleh nak menyelam, buang masa jelah nak tanya benda2 mcm ni, g lah tanya benda lain, g tanya isu2 yg membantu rakyat lebih baik dari tanya isu yg tak mendatangkan apa2 pd rakyat ni, biar org2 kementerian pertahanan buat kerja diorg menjaga dan mempertahankan negara, tak payah nak sibuk pulak dgn kerja diorg tu

Unknown berkata...

takyah sibuklah hal orang..

Unknown berkata...

cerita lama ni