Jumaat, 5 Februari 2010

Isteri Adun DAP Sarawak disimbah sejenis cecair

BERNAMA


Isteri kepada Pengerusi DAP Sarawak dilaporkan disimbah dengan sejenis cecair oleh penunggang motosikal berhampiran bangunan Sanyan di Jalan Sanyan di sini pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira 6.30 pagi ketika Irene Chang, seorang peguam mahu membuka pintu keretanya apabila dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal menghampirinya.

Salah seorang daripada mereka, tiba-tiba menyimbah sejenis cecair kepadanya sebelum kedua-duanya memecut dari situ, kata Wong Ho Leng mengenai kejadian yang dialami isterinya itu.

Wong yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Assek berkata isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan kerana hanya sedikit sahaja cecair tersebut yang mengenainya, tetapi isterinya terkejut dengan kejadian itu.

Beliau berkata polis telah mengambil keterangan daripada isterinya. Beliau juga tidak mengetahui motif serangan.

Tahun lalu, dua kejadian membaling bahan letupan yang dipercayai mercun dilaporkan dilempar ke rumahnya, tetapi polis gagal menyelesaikan kes itu kerana kekurangan bukti.

Tiada ulasan: