Isnin, 22 Februari 2010

Ibu bapa kecewa, Konvensyen Umno Pahang susahkan pelajar

Oleh Roziyah Mahamad


KUALA LUMPUR : Ramai ibubapa pelajar Universiti Teknologi Mara (UITM) cawangan Pahang dekat sini kecewa dengan tindakan UMNO Pahang menganjurkan konvensyen parti itu di kampus IPT berkenaan.

Menurut salah seorang ibubapa yang dipetik dari pahangdaily, mengatakan bahawa tindakan Umno Pahang itu jelas sekali mencabuli peraturan yang dibuat oleh mereka sendiri.

Malahan, tindakan tersebut juga telah menyusahkan para pelajar itu sendiri.

"Bayangkan, kami terpaksa datang dari jauh untuk mengambil barangan anak kami untuk dibawa balik ke kampung kerana bilik mereka digunakan sebagai tempat tinggal sementara perwakilan UMNO Pahang," kata seorang bapa yang tidak mahu dikenali.

Katanya, beliau telah dihubungi oleh anaknya yang menyuruh beliau datang ke kampus berkenaan untuk mengambil segala barangan untuk dibawa pulang ke kampung buat seketika.

Ini kerana bilik mereka akan digunakan oleh perwakilan Umno Pahang yang berkampung selama tiga hari disitu.

Tindakan ini amatlah tidak wajar sama sekali, tambahan pula para pelajar terbabit baru saja mendaftar masuk untuk belajar di universiti berkenaan kira-kira dua bulan yang lalu.

Bayangkan ada ibubapa yang terpaksa datang dari luar Pahang, dalam jarak yang jauh semata-mata untuk tidak mengambil barangan harian anak-anak mereka di kampus itu.

Tiada ulasan: