Ahad, 14 Februari 2010

HTAR cari waris empat mayat tidak dituntut sejak November lepas

BERNAMA


KLANG- Pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) kini mencari waris kepada tiga mayat lelaki dan seorang wanita yang tidak dituntut sejak November lepas.

Pegawai Perhubungan Awam HTAR, Mariani Abdul Razak dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, tiga mayat lelaki itu termasuk seorang rakyat tempatan dikenali sebagai Abdul Rashid, 47, yang meninggal dunia pada 5 Dis lepas.

Dua lagi mayat lelaki yang tidak dituntut itu ialah warganegara Bangladesh dikenali sebagai Saiful Islam, 28, dan seorang warganegara India tanpa identiti, masing-masing meninggal dunia pada 7 Nov dan 16 Nov lepas, katanya.

Beliau berkata, mayat wanita yang tidak dituntut pula dikenali sebagai Feronika Lisa, 40, warganegara Indonesia yang meninggal dunia pada 11 Dis lepas.

"Sekiranya tiada waris yang menuntut mayat-mayat berkenaan dalam tempoh tiga hari daripada tarikh maklumat ini disiarkan, pihak HTAR akan menguruskan pengkebumian kesemua mayat itu," katanya.

Untuk maklumat lanjut, mereka yang berkenaan boleh hubungi Penolong Pegawai Perubatan Kanan Jabatan Forensik Mohd Radzai Mohd Illias di talian 03-33757000 sambungan 1305/1306.

Tiada ulasan: