Isnin, 8 Februari 2010

Hindraf tolak kerjasama dengan Pakatan

Joe Fernandez


Adik beradik Hindraf, Waythamoorthy dan abangnya Uthayakumar, menolak untuk sekali lagi bekerjasama dengan pakatan pembangkang dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

“Sebarang perdebatan mengenai Hindraf menyokong PR pada pilihan raya akan datang umpama memukul kuda yang mati,” kata Waytha. “Persoalan itu tidak timbul sama sekali.”

Beliau berkata kedua-dua mereka sanggup berkerjasama dengan sesiapa sekalipun demi agenda untuk perubahaan.

“Ini tidak seharusnya dilihat sebagai pakatan untuk pilihan raya,” Waytha mengingatkan. “Tiada sesiapa akan dibenarkan menunggang Hindraf atau sokongan masyarakat India di negara ini.”

Waytha bercakap kepada Malaysiakini dari London, malam semalam di mana beliau mendakwa dirinya sebagai dalam buangan politik, ketika mengulas laporan yang PR mungkin memenangi undi masyarakat India jika mereka bergabung dengan Hindraf.

Pada pilihan raya umum 2008, undi masyarakat India di 67 kerusi didakwa punca kemenangan PR di lima negeri dan juga di Kuala Lumpur.

Sokongan itu dikatakan memuncak selepas demonstrasi jalanan anjuran Hindraf pada 25 Nov 2007.

Waytha yang seringkali menghubungi Utahaya berkata abangnya bersetuju dengan pendiriannya untuk menjauhi PR. Tambahanya persefahaman mereka berdasarkan asas “sekali tergigit, sentiasa menginggatinya”.

Tiada ulasan: