Isnin, 8 Februari 2010

Adun, Bekas Adun BN Bakal Diberkas SPRM?

Oleh: JAMIL NASRAH (sabahkini)


SEKURANG-KURANGNYA dua orang pemimpin Barisan Nasional akan dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); salah seorang daripadanya Adun UMNO dan seorang lagi adalah bekas Adun UMNO di Pantai Timur Sabah.

Mengikut sumber yang boleh dipercayai kedua-dua mereka telah meminta suapan sejumlah RM50,000 daripada seorang peniaga untuk urusan berkaitan dengan sebuah projek namun sehingga kini gagal ditunaikan.

Sehubungan itu, peniaga terbabit telah membuat aduan rasmi terhadap Adun dan bekas Adun berkenaan dan SPRM dalam peringkat akhir membuat tangkapan.

Walaupun Adun berkenaan sebelum ini dikatakan kebal daripada SPRM, namun kali ini tembelang mereka pecah apabila peniaga berkenaan membuat laporan rasmi untuk mencekup pemimpin UMNO berkenaan.

Bagaimanapun pihak SPRM Putrajaya ketika dihubungi enggan mengesahkan sama ada tangkap telah dilakukan atau siasatan akhir telah disiapkan, namun difahamkan kedua-dua pemimpin berkenaan akan diberkas dalam masa yang singkat.

Tiada ulasan: