Rabu, 24 Februari 2010

6,000 pelajar menengah di Terengganu bermasalah

BERNAMA


KUALA TERENGGANU- Seramai 6,000 orang pelajar sekolah menengah di Terengganu dikenal pasti terlibat dengan gejala ponteng sekolah, mat rempit, jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri ,Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, walaupun angka itu kecil berbanding 250,000 pelajar sekolah menengah di Terengganu tetapi kerajaan negeri tetap memandang serius masalah itu.

Katanya, kerajaan negeri dan Jabatan Pendidikan sedang mengambil tindakan bagi membendung gejala tidak sihat itu.

"Apabila ada seorang pelajar berisiko tinggi duduk di sebuah sekolah, ini akan menyusahkan semua guru dan pelajar-pelajar yang lain," kata Ahmad Razif.

Katanya, pihak polis telah memberikan taklimat kepada kerajaan negeri dan juga Jabatan Pelajaran mengenai sekolah-sekolah yang berisiko tinggi di Terengganu.

Tiada ulasan: