Rabu, 10 Februari 2010

13 kematian pada hari ketiga Ops Sikap


BERNAMA



Sebanyak 13 kematian dicatat pada hari ketiga Ops Sikap ke-21 semalam, menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya sejak operasi itu bermula 7 Februari lalu seramai 35 orang.

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Supt Rasdi Ramli, berkata daripada 13 kematian itu, lapan terdiri daripada pengguna motosikal, tiga pengguna kereta, seorang penunggang basikal dan seorang pejalan kaki.

"Jalan bandaran mencatat kemalangan paling tinggi dengan 526 kes, diikuti jalan persekutuan (229 kes), jalan negeri (141 kes), lebuh raya (65 kes) dan jalan-jalan lain (47 kes) yang menjadikan jumlah kemalangan sebanyak 1,008 kes," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dalam operasi semalam sebanyak 10,915 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan trafik.

Ops Sikap ke-21 akan diteruskan sehingga 21 Februari ini bagi mengurangkan kemalangan jalan raya sempena sambutan Tahun Baru Cina.


Tiada ulasan: